GUESS BOOK

Followers

Monday, December 5, 2011

MEDAN TRIP NOV 2011

Day 1
Tanggal 20 November, aku telah meninggalkan Mr Husband dan anak2 untuk beberapa hari untuk "bersuka ria" bersama kawan2 ke Medan, Indonesia. Akulah group leader bagi rombongan ni..huhuhuuuu x sangka kan? Sebelum bertolak Mr Husband dah sediakan Nasi Arab sebagai bekalan. Sedap gitu!!

Perjalanan kami bermula jam 11.00 pagi apabila Bas Transnasional yg aku charted sampai di hadapan rumah untuk mengutip kami. Kami singgah di SMA NAHDZAH, Bkt Besar untuk mengambil Farihah n Kak Cik.Excited ni..semua wajah2 di dalam bas mempamerkan senyuman yg penuh keriangan untuk menerjah bumi Medan yang belum pernah mereka kunjungi. Aku dah ke sana beberapa kali, sebab tu kot aku jadi tour leader..hehehhe

Jam 4.20 ptg kami dah dipersilakan untuk menaiki pesawat AK8033. AA menepati masa yg ditetapkan! Tahniah!! Selepas 40 minit berada dalam flight, kami pun tiba di Medan. X sempat nak isi arrival form pun...

                                                  Aku dan Cik Ros di Polonia Airport

Setibanya kami di Polonia Airport, Mr Jon Tour Guide kami dah memegang board yg tertera nama aku..
Berkenalan dulu dengan Jon sebelum meneruskan perjalanan...Ok la jugak orangnya, baik dan ramah.

Disebabkan perubahan masa pada flight kami, so iyinerary program juga harus berubah. KAmi melawat sekitar Medan dan terus ke Berastagi. Destinaasi pertama di Medan ialah Istana Maimun.


Inilah Istana Maimun yang merupakan peninggalan Kesultanan Deli. Istana Maimun terletak di Jalan Brigjen Katamso, Medan. Istana ini didirikan oleh Sultan Kerajaan Deli, Sultan Makmun Al Rasyid Perkasa Alam Syah.
   Dari Istana Maimun, kami terus terjah ke Restoran Istana untuk makan malam. Sedap jugak lauknya. Yang pasti ada dendeng, my feveret..

Alhamdulillah......semuanya sudah kekenyangan...Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.....
Kini bermulalah perjalanan kami ke Berastagi..Perjalanan yg mengambilmasa sekitar 2 jam setengah ini sangat memboringkan.. Aku zzzzzzz sepanjang perjalanan. Setiba sahaja di Miki Holiday, kawan2 yg lain pakat bercerita tentang perjalanan yg sgt mencabar yg telah kami tempuhi tadi. Selekoh tajam, gaung..bla..bla..bla..Aku x sedar langsung, nyenyak sungguh aku tidur! Urusan check in berjalan lancar dan aku mengagihkan kunci kpd kawan2.. Masing2 memuji keindahan landscape resort ni.




Day 2
Kami memulakan perjalanan seawal jam 8.00 pg waktu Indonesia sebab perjalanan yg bakal kami tempuhi hari ini untuk ke Parapat sangat lama..sekitar 6 jam. Namun perjalanan yang ditemani oleh pemandangan2 indah sekitarnya dan celoteh tour guide yg sentiasa bercerita menceriakan suasanan dalam bas kami. Bas meluncur penuh cermat dan hemah ke Pasar Buah di Brastagi. Aktiviti shopping pun bermula. Janji nak shopping 30 minit saja..tapi masing2 asyik dengan barangan yg dijual,last2 lepas 1  1/2 jam baru naik bas.



 Perjalanan diteruskan lagi..Di kiri dan kanan jalan kecil yg kami lalui dipenuhi dengan ladang2 sayur dan ladang limau. Skali skala ada juga ladang pisang kaki. Di kebun2 ni kdg2nya terdapat satu monumen perkuburan yg dibina setelah ibu bapa org2 Batak ni meninggal. Kdg2 monumen tersebut lebih besar daripada rumah mereka. Ini tandanya anak2 si mati telah berjaya dalam kehidupan dunia mereka. Lagipun bila ada monumen ni, ladang2 mereka x boleh dijual kpd org lain. Konon2 pak depa dok tunggu tanah tu la kot..Budaya hidup masyarakat Batak di Brastagi ni memang menarik perhatian kami. Banyak ladang2 yg diusahakan oleh kaum wanita sedangkan pak2 suami dan anak2 lelaki hanya melepak kat kedai kopi. Ini bukanlah suami yg pelik di sana..Tidak juga pelik bagi kami sebab di Malaysia juga sudah jadi tren, bini kerja, laki kaut untung! hahahah

Dalam perjalanan, kami singgah di Air Terjun Si Piso-Piso.... bagi aku x dak apa yg menarik sangat...cuma air tercun yg tinggi yg mengalir ke Danau Toba...

kemudian menempuh perjalanan selama 1 jam, kami sampai ke Simarjarunjung, macam tourist RnR la tempat ni. Kami minum teh bandrek dan goreng pisang panas...Habis keluar angin dalam badan..Best!! Selepas 1 jam setengah kami sampai di Parapat. Huhhhh aku pening!!! Perut masing2 sudah berbunyi, jd kami terus ke rumah makan yg berhampiran...
Kini bermulalah aktiviti yg dinanti2...cruise to Samosir Island! Pemandangan sungguh indah sepanjang perjalanan ke Pulau Samosir. Inilah peluang untuk kita berzikir mengingati Allah atas ciptaan-NYA.




Aktiviti yg paling best di sini ialah shopping..tapi kena pandai tawar, kalau x pandai..harganya x berbaloi2. Aku suka belik songket kat sini. Aku dapat sehelai songket tu dalam RM15 sekali selendang.Sourvenior pun banyak di sini dan aku beli 10 key chain just for RM5. Shopping kat sini kena keras hati sikit, sebab peniaga2 di sini pandai pujuk rayu..Itulah cabaran yg kwn2 aku hadapi..sampai ke boat depa ni ligan..



Aktiviti di Pulau Samosir ni bukan tertumpu pada shopping saja, ada jugak lawatan ke perkampungan Batak dan sejarah mereka masa zaman depa ni makan orang dolu2..



Malamnya kami menginap di Parapat View Hotel. Cantik banget view dari Hotel ni...


Day 3
Hari ni cuma perjalanan dari Parapat ke Medan. Lama giler..Otw tu kami singgah tu Permatang Siantar, di kedai Paten untuk beli Akam, Tang-tang, ting-ting, tung-tung dan macam2 lagi...

Day 4
Shopping dan Balik