GUESS BOOK

Followers

Saturday, September 3, 2011

FAMILY VACATION TO KRABI THAILAND ON 2-3 SEPTEMBER 2011

Salam sejahtera,


Seronok sangat nak bercerita perihal perjalanan ke Krabi bersempena kesemua kami lima beradik dapat berkumpul berhari raya bersama.Acara sambutan sangat berbeza dahulu dan sekarang. Dulu kecik2 tak kira waktu mana..mesti ada saja antara kami yg akan bergaduh, bergusti.Tapi sekarang, masing2  dah besar dan mempunyai kehidupan sendiri."Pergaduhan" dahululah yang mengeratkan, memesrakan kami.Jadi tahun ni, aku rancang nak ajak family semuanya ke Krabi, walaupun dalam mood raya. Buat camana, no choice. Setelah persetujuan dicapai, aku mula survey n book hotel. Aku pilih La Venice on The Beach Hotel kerana lokasi dan kemudahan yg disediakan. Booking through Agoda.com yg masa tu ada promosi..

2/9/2011

Seawal jam 5.30 pagi kami semua dah bersedia untuk memulakan perjalanan ke destinasi impian. Kami konvoi 2 buah kereta, KBS60 dan WFR8689! Minyak mesti diisi full sebab pegagi ni mana ada stesyen minyak yg beroperasi. Kami menghala ke border, tapi sebelum tu kami singgah di Masjid Bukit Kayu Hitam untuk solat subuh. Then terus masuk border sekitar jam 7.30 pagi. After breakfast di Danok, Mr Asben dan my brother, Min sudah bersedia menempuh perjalanan yg agak asing bagi kami. 1st time la katakan. Dari pekan Sadao, kami terus menuju ke Hat Yai, tapi x masuk sampai pekan Hat Yai pun, ada simpang 4 tu, ambik kiri menghala ke Pattalong. Pagi2 mcm ni x banyak kereta sangat, Jalanraya pun ok. Pemanduan lancar, alhamdullah!  Dari Pattalong kami mengarah ke Trang. Menyusuri jalan berbukit yang sangat nyaman. Kami ikut semua arahan/direction GPS upaya x tersesat. Kami x masuk pun pekan Trang sebab GPS bawa kami jln shortcut. Stelah 3.30 jam, kami sampai di Krabi. Perut pun dah mula menyanyi. Begitu jugak perut kereta yg minta diisi. Mr Asben stop di petrol  station yg ala2 RnR, disitu ada gerai makan Muslim. Kami makan sepuas2nya. Sedap walaupun makanan yg terhidang simple sangat. Tom Yam campur + Ikan goreng Kicap. Ayah belanja. Tq Ayah!


Kami teruskan perjalanan dalam 50 km ke Ao Nang Beach. Xcited nih! Adib my lil son yg paling x sabar nak mandi laut. Sekali lagi Mr Asben setting GPS untuk cari hotel yg dibooking.Finally kami jumpak La Vanice on The Beach Hotel..Namun hotel tu tutup for renovation. Pihak pengurusan pindahkan kami to their sister hotel- Ao Nang Beach Resort. Alhamdulillah kami dapat hotel yg lebih baik. Mengadap pantai dan dekat long tail boat station. Juga dikelilingi tempat shopping. Dapat saja kunci bilik, semua orang "booom" atas katil dan sedarkan diri setelah Adib dab Rehana jaga.


Aku cadang nak ajak semua orang pi snorkelling kat Railey Beach sebab tengok dalam internet, pantainya cantik banget. Tapi bila turun berkumpul di bawah, mak ayah ajak round pekan Krabi. So Kami pun sewa tut-tut dengan harga THB800 for round trip. Tut2 tu bawak kami ke night market Krabi Town. Best la jugak sebab ada banyak benda2 pelik dan kraftangan yg kreatif dijual dengan harga murah. Walaupun murah, kami x beli apa pun sebab masing2 x dak Bath, RM banyak dlm poket! Money changer hanya beroperasi sampai jam 5 ptg saja di Krabi Town. Kat Ao Nang banyak, tapi mahal..last2 apa pun tak dapat! Di sini nak makan taklah susah sgt sebab banyak peniaga muslim. Kami beli ayam panggang, pulut dan pizza yg diyakini HALAL.
 Night Market Krabi Town


Ao Nang Beach Resort

Balik ja ke hotel, aku bawa Adib n Rehana salin baju untuk meneruskan pengembaraan di baazar2 sekitar hotel. Ayah dan Mak turun berdua, and Hassan with his wife Yana too. Banyak gerai juai baju, accessori, tailor yg buat baju segera( murah sangat!), restaurant, pub, bistro dan mcm2 lagi lah. Suasana kat sini tak ubah macam ni Cenang Beach Langkawi. Tapi kat sini lagi best sebab gerai2 ni terus mengadap pantai.. Kita boleh pilih nak jalan di beach pavement atau di deretan gerai2. Happening sungguh nightlife kat sini. Aku jejalan dengan adik2, anak2 n Mr Asben. X beli apa sangat, just swim suit for Rehana n sehelai blouse untuk aku pakai esok.












To be continue.....