GUESS BOOK

Followers

Monday, December 5, 2011

MEDAN TRIP NOV 2011

Day 1
Tanggal 20 November, aku telah meninggalkan Mr Husband dan anak2 untuk beberapa hari untuk "bersuka ria" bersama kawan2 ke Medan, Indonesia. Akulah group leader bagi rombongan ni..huhuhuuuu x sangka kan? Sebelum bertolak Mr Husband dah sediakan Nasi Arab sebagai bekalan. Sedap gitu!!

Perjalanan kami bermula jam 11.00 pagi apabila Bas Transnasional yg aku charted sampai di hadapan rumah untuk mengutip kami. Kami singgah di SMA NAHDZAH, Bkt Besar untuk mengambil Farihah n Kak Cik.Excited ni..semua wajah2 di dalam bas mempamerkan senyuman yg penuh keriangan untuk menerjah bumi Medan yang belum pernah mereka kunjungi. Aku dah ke sana beberapa kali, sebab tu kot aku jadi tour leader..hehehhe

Jam 4.20 ptg kami dah dipersilakan untuk menaiki pesawat AK8033. AA menepati masa yg ditetapkan! Tahniah!! Selepas 40 minit berada dalam flight, kami pun tiba di Medan. X sempat nak isi arrival form pun...

                                                  Aku dan Cik Ros di Polonia Airport

Setibanya kami di Polonia Airport, Mr Jon Tour Guide kami dah memegang board yg tertera nama aku..
Berkenalan dulu dengan Jon sebelum meneruskan perjalanan...Ok la jugak orangnya, baik dan ramah.

Disebabkan perubahan masa pada flight kami, so iyinerary program juga harus berubah. KAmi melawat sekitar Medan dan terus ke Berastagi. Destinaasi pertama di Medan ialah Istana Maimun.


Inilah Istana Maimun yang merupakan peninggalan Kesultanan Deli. Istana Maimun terletak di Jalan Brigjen Katamso, Medan. Istana ini didirikan oleh Sultan Kerajaan Deli, Sultan Makmun Al Rasyid Perkasa Alam Syah.
   Dari Istana Maimun, kami terus terjah ke Restoran Istana untuk makan malam. Sedap jugak lauknya. Yang pasti ada dendeng, my feveret..

Alhamdulillah......semuanya sudah kekenyangan...Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.....
Kini bermulalah perjalanan kami ke Berastagi..Perjalanan yg mengambilmasa sekitar 2 jam setengah ini sangat memboringkan.. Aku zzzzzzz sepanjang perjalanan. Setiba sahaja di Miki Holiday, kawan2 yg lain pakat bercerita tentang perjalanan yg sgt mencabar yg telah kami tempuhi tadi. Selekoh tajam, gaung..bla..bla..bla..Aku x sedar langsung, nyenyak sungguh aku tidur! Urusan check in berjalan lancar dan aku mengagihkan kunci kpd kawan2.. Masing2 memuji keindahan landscape resort ni.




Day 2
Kami memulakan perjalanan seawal jam 8.00 pg waktu Indonesia sebab perjalanan yg bakal kami tempuhi hari ini untuk ke Parapat sangat lama..sekitar 6 jam. Namun perjalanan yang ditemani oleh pemandangan2 indah sekitarnya dan celoteh tour guide yg sentiasa bercerita menceriakan suasanan dalam bas kami. Bas meluncur penuh cermat dan hemah ke Pasar Buah di Brastagi. Aktiviti shopping pun bermula. Janji nak shopping 30 minit saja..tapi masing2 asyik dengan barangan yg dijual,last2 lepas 1  1/2 jam baru naik bas.



 Perjalanan diteruskan lagi..Di kiri dan kanan jalan kecil yg kami lalui dipenuhi dengan ladang2 sayur dan ladang limau. Skali skala ada juga ladang pisang kaki. Di kebun2 ni kdg2nya terdapat satu monumen perkuburan yg dibina setelah ibu bapa org2 Batak ni meninggal. Kdg2 monumen tersebut lebih besar daripada rumah mereka. Ini tandanya anak2 si mati telah berjaya dalam kehidupan dunia mereka. Lagipun bila ada monumen ni, ladang2 mereka x boleh dijual kpd org lain. Konon2 pak depa dok tunggu tanah tu la kot..Budaya hidup masyarakat Batak di Brastagi ni memang menarik perhatian kami. Banyak ladang2 yg diusahakan oleh kaum wanita sedangkan pak2 suami dan anak2 lelaki hanya melepak kat kedai kopi. Ini bukanlah suami yg pelik di sana..Tidak juga pelik bagi kami sebab di Malaysia juga sudah jadi tren, bini kerja, laki kaut untung! hahahah

Dalam perjalanan, kami singgah di Air Terjun Si Piso-Piso.... bagi aku x dak apa yg menarik sangat...cuma air tercun yg tinggi yg mengalir ke Danau Toba...

kemudian menempuh perjalanan selama 1 jam, kami sampai ke Simarjarunjung, macam tourist RnR la tempat ni. Kami minum teh bandrek dan goreng pisang panas...Habis keluar angin dalam badan..Best!! Selepas 1 jam setengah kami sampai di Parapat. Huhhhh aku pening!!! Perut masing2 sudah berbunyi, jd kami terus ke rumah makan yg berhampiran...
Kini bermulalah aktiviti yg dinanti2...cruise to Samosir Island! Pemandangan sungguh indah sepanjang perjalanan ke Pulau Samosir. Inilah peluang untuk kita berzikir mengingati Allah atas ciptaan-NYA.




Aktiviti yg paling best di sini ialah shopping..tapi kena pandai tawar, kalau x pandai..harganya x berbaloi2. Aku suka belik songket kat sini. Aku dapat sehelai songket tu dalam RM15 sekali selendang.Sourvenior pun banyak di sini dan aku beli 10 key chain just for RM5. Shopping kat sini kena keras hati sikit, sebab peniaga2 di sini pandai pujuk rayu..Itulah cabaran yg kwn2 aku hadapi..sampai ke boat depa ni ligan..



Aktiviti di Pulau Samosir ni bukan tertumpu pada shopping saja, ada jugak lawatan ke perkampungan Batak dan sejarah mereka masa zaman depa ni makan orang dolu2..



Malamnya kami menginap di Parapat View Hotel. Cantik banget view dari Hotel ni...


Day 3
Hari ni cuma perjalanan dari Parapat ke Medan. Lama giler..Otw tu kami singgah tu Permatang Siantar, di kedai Paten untuk beli Akam, Tang-tang, ting-ting, tung-tung dan macam2 lagi...

Day 4
Shopping dan Balik 

Saturday, November 12, 2011

KRABI PART II

salam..
continue cerita Krabi yg x abis dulu..Mak pesan, kalau buat kerja, kena bg siap walau pun lambat..heheh

Entry ni biarlah gambar2 berbicara..


Pagi seterusnya kami bangun awal sebab x sabar2 nk meneruskan aktiviti island hopping. antara pulau2nya ialah Tup Island, Chicken Island, Poda Island and PraNang Bay(ehh betoi x nama Island ni? kurang pasti).. Semua pulau2 ni cantik2 belaka. I loikee!! Aku dah booking boat for our private tour. THB500, tapi kalau amik kat sana THB450 ja kot..Pagi tu, aku call agent tu dan dia mai jemput kami di hotel dan jarak hotel ke pier lebih kurang 150m saja. Kami sampai ja di pier, bot dah standby..kami terus panjat tangga naik ke dalam perut bot. Last aku pi Island hopping kat Langkawi bulan Jun lepas. Malangnya setelah 15 minit tunggu, bot x jalan2 jugak..enjin x idup. Ohh hati dah mula resah sebab kami cuma ada beberapa jam saja untuk aktiviti ini. Very limited time. Tapi memandangkan keluarga kami saja yg pi, so we can spend time on our pleasure.. Hampir 1 jam baru bot lain mai ambik kami. Alhamdulillah perjalanan dapat diteruskan..syukur..

Mula2 ke tub Island, subhanallah..cantik sungguh..Pemandangan yg tercantik pernah aku lihat..Air jernih sgt, kalau low tide, nampak pasir2 menghubungkan 2 island.

Dua beradik yg sangat bersemangat nak mandi laut..
 Jernih kan???Ikan kat sini pun jinak
White sandy beach joining 2 beaches, can see clearly during low tide




Long tail boat









No pic taken @ Chicken Island sebab aku pun turun snorkelling..
Then Poda Island. We had our lunch there. Meal provided and  packed by the Muslim Agent.











Akhir sekali kami singgah Di Pranang Bay, tapi x turun pun..snap gambar dari atas bot saja..






Penat tapi seronok...

Saturday, September 3, 2011

FAMILY VACATION TO KRABI THAILAND ON 2-3 SEPTEMBER 2011

Salam sejahtera,


Seronok sangat nak bercerita perihal perjalanan ke Krabi bersempena kesemua kami lima beradik dapat berkumpul berhari raya bersama.Acara sambutan sangat berbeza dahulu dan sekarang. Dulu kecik2 tak kira waktu mana..mesti ada saja antara kami yg akan bergaduh, bergusti.Tapi sekarang, masing2  dah besar dan mempunyai kehidupan sendiri."Pergaduhan" dahululah yang mengeratkan, memesrakan kami.Jadi tahun ni, aku rancang nak ajak family semuanya ke Krabi, walaupun dalam mood raya. Buat camana, no choice. Setelah persetujuan dicapai, aku mula survey n book hotel. Aku pilih La Venice on The Beach Hotel kerana lokasi dan kemudahan yg disediakan. Booking through Agoda.com yg masa tu ada promosi..

2/9/2011

Seawal jam 5.30 pagi kami semua dah bersedia untuk memulakan perjalanan ke destinasi impian. Kami konvoi 2 buah kereta, KBS60 dan WFR8689! Minyak mesti diisi full sebab pegagi ni mana ada stesyen minyak yg beroperasi. Kami menghala ke border, tapi sebelum tu kami singgah di Masjid Bukit Kayu Hitam untuk solat subuh. Then terus masuk border sekitar jam 7.30 pagi. After breakfast di Danok, Mr Asben dan my brother, Min sudah bersedia menempuh perjalanan yg agak asing bagi kami. 1st time la katakan. Dari pekan Sadao, kami terus menuju ke Hat Yai, tapi x masuk sampai pekan Hat Yai pun, ada simpang 4 tu, ambik kiri menghala ke Pattalong. Pagi2 mcm ni x banyak kereta sangat, Jalanraya pun ok. Pemanduan lancar, alhamdullah!  Dari Pattalong kami mengarah ke Trang. Menyusuri jalan berbukit yang sangat nyaman. Kami ikut semua arahan/direction GPS upaya x tersesat. Kami x masuk pun pekan Trang sebab GPS bawa kami jln shortcut. Stelah 3.30 jam, kami sampai di Krabi. Perut pun dah mula menyanyi. Begitu jugak perut kereta yg minta diisi. Mr Asben stop di petrol  station yg ala2 RnR, disitu ada gerai makan Muslim. Kami makan sepuas2nya. Sedap walaupun makanan yg terhidang simple sangat. Tom Yam campur + Ikan goreng Kicap. Ayah belanja. Tq Ayah!


Kami teruskan perjalanan dalam 50 km ke Ao Nang Beach. Xcited nih! Adib my lil son yg paling x sabar nak mandi laut. Sekali lagi Mr Asben setting GPS untuk cari hotel yg dibooking.Finally kami jumpak La Vanice on The Beach Hotel..Namun hotel tu tutup for renovation. Pihak pengurusan pindahkan kami to their sister hotel- Ao Nang Beach Resort. Alhamdulillah kami dapat hotel yg lebih baik. Mengadap pantai dan dekat long tail boat station. Juga dikelilingi tempat shopping. Dapat saja kunci bilik, semua orang "booom" atas katil dan sedarkan diri setelah Adib dab Rehana jaga.


Aku cadang nak ajak semua orang pi snorkelling kat Railey Beach sebab tengok dalam internet, pantainya cantik banget. Tapi bila turun berkumpul di bawah, mak ayah ajak round pekan Krabi. So Kami pun sewa tut-tut dengan harga THB800 for round trip. Tut2 tu bawak kami ke night market Krabi Town. Best la jugak sebab ada banyak benda2 pelik dan kraftangan yg kreatif dijual dengan harga murah. Walaupun murah, kami x beli apa pun sebab masing2 x dak Bath, RM banyak dlm poket! Money changer hanya beroperasi sampai jam 5 ptg saja di Krabi Town. Kat Ao Nang banyak, tapi mahal..last2 apa pun tak dapat! Di sini nak makan taklah susah sgt sebab banyak peniaga muslim. Kami beli ayam panggang, pulut dan pizza yg diyakini HALAL.
 Night Market Krabi Town


Ao Nang Beach Resort

Balik ja ke hotel, aku bawa Adib n Rehana salin baju untuk meneruskan pengembaraan di baazar2 sekitar hotel. Ayah dan Mak turun berdua, and Hassan with his wife Yana too. Banyak gerai juai baju, accessori, tailor yg buat baju segera( murah sangat!), restaurant, pub, bistro dan mcm2 lagi lah. Suasana kat sini tak ubah macam ni Cenang Beach Langkawi. Tapi kat sini lagi best sebab gerai2 ni terus mengadap pantai.. Kita boleh pilih nak jalan di beach pavement atau di deretan gerai2. Happening sungguh nightlife kat sini. Aku jejalan dengan adik2, anak2 n Mr Asben. X beli apa sangat, just swim suit for Rehana n sehelai blouse untuk aku pakai esok.












To be continue.....

Saturday, July 23, 2011

WEEKEND SEBELUM POSA

Salam,

Sepatutnya weekend ni ada kem kecemerlangan tapi tak tau lagi di mana. Boleh x?Last minute lagik! Gegar jugak la otot2 nak work towards this mission. Kan kah eden ni type yang kena ada proper plan so that x lah lari budget. So... ? Masih antara jadi @ tdak.. tapi berat ke tak jadi.

Maka otak "jalan2" eden ni pun mulalah merancang nak pi vacation bersama keluarga ke Had Yai. Best woo.. harap2 tu darling setuju lah. Lepas rehat di Had Yai, boleh ke Krabi. Al maklumlah, cuti lama, 4 hari. Sehari reserve - posa. Semoga darling setuju. kalau boleh nak ajak mak ayah sama, beda buat semangat. My Mom n dad pun minat jejalan jugak. Tapi x pa lah depa banyak duit dah..Aku? have to work hard, janji leh enjoy travelling...

Oklah..tengoklah camana dan plan mana yg akan berjaya nanti....

Friday, July 22, 2011

MY TRAVEL PLAN TILL JUNE 2011

Cerita bab2 planning ni..terasa  seronok sesangat merancang percutian. Tak kiralah bersama keluarga ,kawan2 atau juga atas permintaan mana2 pihak yang mahukan percutian berkumpulan.. Bukanlah nak berbisnes sangat, tapi yang penting ENJOY. Kepuasannya ialah bila berjaya menguruskan trip tu dengan lancar dan semua org puas hati. Disamping tu dapatlah juga  menimba ilmu berkaitan bidang ni..SERONOKK.. Sedar x sedar dah 6 tahun berkecimpung dalam urusan ni..bermula dengan percutian keluarga kecil2an. Semua ni di dorong oleh Syarikat Penerbangan Air Asia yang menawarkan tambang murah..so everyone can fly....

So my planned trip till June:

November 20- Medan,Parapat, Brastagi 4D3N
Dec  5 - Krabi 3D2N
Jan    - Singapore 3D2N
Mac 7- Umrah
May-Jun - Melbourne  5D4N

Sesiapa berminat bolehlah hubungi saya... :)

MALAYSIA TANAH AIRKU

Jom jalan2 di serata Malaysia..